Aaaa....HELLO! Segan rasanya nak tulis kat sini. SORRY!!! Blog ni mcm dah tak wujud...3 minggu eh tak tulis? Ke sebulan? bapak lamanya...~~~
Sorry again, been very very truly busy with life and stuff. It's the third week here in Uia, and banyak perkara yang dah jadik. I mean, banyak gila... Among them are:
1) masa 1st week, aku ada masalah self-esteem yang sangat teruk. Sangat teruk, rasanya paling teruk tahun ni, 2010. tambah plak dengan masalah allergy kat muka, serious shit tiap kali tengok cermin rasa macam bukan tengok diri sendiri. Rasa macam tengok orang lain. Teruk, habis muka semua mcam bintik-bintik. Sekarang dah better. Thanks to Khairina Narawi sebab dia belikan sabun Sebamed, bagus untuk kulit-kulit sensitif. makin lama, kulit makin lembut dan cerah dan bintik-bintik pun hilang. yang paling best, allergy ni jadik sebab silap sendiri. Masa 2 3 hari sebelum bukak sem, aku tampal cinnamon + cengkih kat muka. konon-konon nak hilang jerawat..Ambik kauuu!! Rupanya Cinnamon tu panas..buat kulit cam gatal-gatal. Allergy ni pulak rare...tak pernah-pernah kena, tetiba dapat. So jangan expect allergy tak boleh datang bila korang dah makin meningkat usia...thanks jugak dekat Bella sebab introduce-kan produk niii...=)
2) Sebab self-esteem low gila tu, moody habes satu minggu! Moody gila, rasa macam hari-hari pun teruk. Tambah dengan masalah tak dapat nak add course, pastu translation tak siap, pastu nak adjust balik dengan kehidupan ber-universiti, memang tension! Rasa nak nanges pun ada...rasa macam teruk sangat hidup ni. Dah la akhir minggu tu, dapat tawaran berlakon jadik mak. Lagi lah depressed sebab nak kena dalami watak lagi, lepas tu campur dengan hidup yang tak menentu, memang rasa nak tolak. Tapi sebab fikir tolong kawan, takpe lah...aku try jugak buat...
3) Masa first week before masuk UIA, for the first time in life, pergi makan Chili's!! woot woott! Banyak gila makanan dia, sumpah tak abes! Siap main-main makanan lagi! Literally, masuk mulut tak muat! Tu pun after dah potong kecik-kecik..Sangatlah banyak portion dia. Berbaloi la dengan duit..makanan pun sodappp...Pergi dengan cousin. Tapi tak letak lah picture kat FB....tanak orang kata jakun plak nanti..T__T
Minggu kedua weekend, hambik kauuu demam tak pasal-pasal. Demam agak teruk la..sejuk terketar-ketar. Campur dengan family jauh, skrip jadik mak tak hafal lagi, muka allergy, demam, memang rasa macam sedih gila. Sumpah sedih. Macam takde orang kisah pasal aku. Demam ke, sakit ke, mati ke, takde orang amik tahu pun. Penat rayu simpati, sorang pon takde tanya khabar sihat ke ape ke..sob sob...=( Kawan-kawan pulak semua balik rumah. takde sape pun kat sini. Naseb baik Khai ade, tak balik Shah Alam. Gi bilik dia lah meronggeng. Sabtu plak, sebab bosan duduk dalam bilik, keluar dengan Sya and Khai pergi KLCC. tu pun naseb baik minah tu tak balik BP. Aku rasa cam berani gila tunjuk muka kat public walaupun merah-merah sebab allergy. In a way, it's a good thing. membina keyakinan diri aku. Sebab lepas tu, penyakit low self-esteem makin kurang dan kuranggg....
Siap boleh terminat seorang mamat kat Kinokuniya lagi...betapa beraninya aku dengan muka yang sakit...hahaha...
4) Bila masuk 2nd week, makin beransur low self-esteem tu kurang sebab by the end of the week, aku dah boleh hu ha hu ha macam biasa. Dah takde rasa lain dari orang, dah takde rasa miserable sangat hidup. Sebab demam yang belum baik dan gatal-gatal melampau, aku tak jadi pegang watak mak. Bagi kak dian pegang...Sorry Kak Dian. Tapi Alhamdullilah, at the end, semuanya berjalan dengan lancar. Aku jadik orang belakang tabir, tolong itu ini. Perasaan dia sangat lain dari berlakon. bila berlakon, ko akan rasa berdebar-debar naik pentas, takut lupa skrip, takut lupa que, takut lupa steps, takut pandangan penonton, dan semua yang berkait atas pentas. Tapi bila ko keja belakang tabir, ko takut masa mula-mula dan keseluruhan play. Ko takut ada masalah teknikal, ko takut audio tak bunyik, ko takut pelakon tak ready dan macam-macam lagi. Sekarang aku pun dilema...tak tahu aku suka yang mana. Aku suka berlakon, tapi aku rasa aku makin suka duduk belakang tabir. Seronok. Dulu masa nak perform berlakon, mesti kena peluk orang sebelum naik pentas. Kalau tak, berdebar gila gila gila. Pernah peluk Hani, dan Haneesa rasanya. =)
5) Malam semalam, dapat jawatan jadi head biro dalam Theater Club. Agak terkilan sebab tak dapat kerja sekali dengan Iqeen. Rasanya tu lah impian kitorang, dapat kerja sama-sama dan ubah Theater Club tu be a better club in the future. tapi nampaknya tak sempat...sebab Iqeen kena kerja dengan Elits. Jadi cuma ada aku, Hani dan Muffin je...takpe lah, rasanya masih dapat kerjasama dengan Iqeen next time. lagipun Elits dengan Theater Club kan dah macam adik-beradik...=)
6) Masa weekend 2nd week jugak, dapat peluang berlakon dengan Rowin under Creative Production Club. Jadik mak lagi..=.= tapi best la..memang a whole new experience. Sebab bukan teater, tapi short film. Asyik gelak je sepanjang berlakon..sumpah kelakar gila. Dulu masa tengok tv selalu gak fikir, kelakar sangat ke dorang berlakon sampai gelak camtu kat lokasi. tapi bila dah berlakon sendiri, memang kelakar..nak-nak kalau orang yang berlakon tu dapat watak jahat dan serious padahal in real life dia sangat kelakar. Bila tengok dia buat muka ready nk berlakon je, dah tahan gelak....hahaha..best la!! Kitorang pun cepat get together..walaupun aku tak kenal mana pun dorang. Sangat baik dan friendly, eventho bekerja dengan orang yang agak alim...=)
7) 3rd week. Aku rasa minggu ni aku paling malas pergi kelas! PONTENG BANYAK GILA!! Aku rasa ini lah akibat bila dah mula buat kerja dari 1st week lagi. Aku balas dendam rehat minggu ni pulak...haiyooo..kelas SOQ dah takleh ponteng. Dah cukup kuota. dah la kelas pukul 8.30..dammmit la.pasni kalau tak bangun lagi camne?? Silap hari bulan dapat surat cinta. Takut gila!! Oh oh dan minggu lepas beria nak kurus. Minggu ni dah malas...maybe sebab dah takde motivasi. Abu pun takde tanya aku makan ape...dah la diet seminggu pastu berat tak turun pun..lagi lah aku malas...hmmm...dah la kena ejek lagi sebab tak bangun pagi jogging and stuff. lagilah aku malas...mula-mula rasa macam joke jugak...lama-lama memang makan hati la...
8) Rasanya dah lama tak lepak makan lunch dengan kawan-kawan. OR lepak dengan kawan-kawan lama-lama. Rasa agak bersalah..sebab aku busy. Dan dorang pun kadang-kadang busy dengan hal masing-masing. Aku mintak maaf, kalau aku dah jarang luang masa dengan korang. Pasni aku rajin ke kelas...minggu ni je malas.hehehe...sorry,kalau dah tak update kisah korang...sorry,kalau ter-abai kawan...sorry...~~~
So there you go! Panjang gila tulis..maaf sangat-sangat..post 3 minggu aku cramp dalam satu post. Memang panjang gilalah...Nah, enjoy the pictures...=)
masa belum sakit. nak keluar.
masa sakit. demam teruk. =(
tapi, keluar jugak. haha nampak muka allergy tak??
new member to the family. a...umm...round rainbow thingy.
among the casts of UNHEARD.
anddd last but not least, EMAK!! =D
No comments:
Post a Comment