Omg lama gila baru aku blogging balik. hahaha so sorry bloggie, eventho sometimes i got time to blog tapi malas sangat..malas gila nak tulis. Kadang-kadang tu bila dah menulis sikit, lepas tu terus padam balik. tak best katanya! So sekarang la baru ada masa balik nak blogging. Tu pun sebab tunggu assignment from kak ana abes download. Dan takde apa nak buat sekarang sebab kat twitter semua orang pun dah tidur dan kat FB, tak rasa nak buat status apa-apa. Banyak gila benda jadik semester ni okay! aku rasa sem ni aku blog boleh kira jari! hahaha...sorry sangat. nak keep up balik benda-benda dulu dan tulis balik dalam ni, memang tak lah kan! sebab panjang gila, banyak gila benda jadik so aku jadik malasss...jadi aku sambung terus je la dengan kehidupan sekarang. okay?
Gambar yang diambil sem ni, lagi sikit dari gambar yang aku ambik sem lepas. Boleh nampak beza sebab dua-dua dalam dua folder yang berlainan. Last semester was among the best semesters i've ever had in UIA. this semester? among the worst semesters i had in UIA. Aku xtau la apesal aku selalu gila ada masalah dengan 2nd sem! almost like every year macam ni kot! dah naik menyampah dah! aku rasa sebab cuti yang tak cukup...so aku belum puas rehat, tetiba dah masuk belajar balik. Memang shit lah kan! orang lain cuti 2 bulan,kita cuti sebulan. macam tuttttt!! malas nak carutzzz...
anyway, banyak benda aku belajar semester ni. aku baru kenal siapa kawan, siapa lawan. Siapa yang ada masa kita betul-betul susah, siapa yang akan tolong kita dan siapa yang akan selalu sokong kita, no matter what happen. Aku kenal kawan-kawan yang aku rasa mereka kuat, boleh berdiri dengan sendiri dan tak perlukan bantuan orang lain. Aku kagum dengan kawan-kawan yang sebegini..aku kutip pengalaman dorang. Aku apply kat kehidupan sendiri. Alhamdullilah, aku dapat rasa aku bangun kembali..Aku banyak jatuh semester ni, aku pernah down berminggu-minggu. Aku rasa teruk sangat, hanya sesetengah orang je yang tahu. Tapi terima kasih sangat-sangat dekat mereka yang banyak bantu aku, yang banyak bagi nasihat dan sokongan, aku mampu naik balik. Aku mampu senyum dan ketawa dengan ikhlas. Aku mampu gelak dan jadi aku kembali..terima kasih sangat-sangat...=)
Aku belajar bersyukur dan bersabar semester ni. Banyak orang nasihat aku, sabar banyak-banyak. nanti ada lah tu hikmahnya. Betul..bila kita sabar, memang ada hikmah di sebaliknya. =) Terima kasih Tuhan, terima kasih atas segalanya. Kadang-kadang aku takut terima banyak sangat rahmat dari Dia, aku takut tu petanda Dia kurang sayang aku. Tuhan uji sebab dia sayang. kalau banyak sangat rahmat melimpah ruah dia bagi, aku takut leka..dan bila leka, aku lupa Dia. Tapi apa pun, setakat harini aku belum lupa perkataan Alhamdullilah. Aku masih ingat untuk bersyukur atas segalanya..moga Dia sentiasa membantu aku dalam hidup. Moga dia sentiasa dengar rintihan dan doaku..AMIN..
Okay, dah nak habes download. tengoklah nanti kalau rajin, esok lusa aku update blog lagi. Meanwhile, goodnight and have a sweet dream everybody! <--- to whoever yang baca blog aku. Aku tau tak ramai. hahaha...nite2 peeps! =)
1 comment:
nite nite nyeh
Post a Comment