Merujuk kepada tajuk entry di atas, aku dengan bersungguh hati dan penuh kerelaan memberitahu yang entry aku kali ni mungkin LAME. Ye, lame and common. Perhaps, VERY COMMON. takpe lah..aku tak kesah. yang penting aku nk cakap jugakk..biarlah orang nak kata, "eh macam tiru si polan bin polan". "eh, macam dah pernah baca je". "eh, dah selalu sangat dah orang letak post mcm ni. xde benda lain ke nak cakap?" eh dan eh lagi...masalahnya, ADE AKU KESAHH?? kau nak complain-complain plak ape aku patut tulis dan jangan tulis kenapa? ini blog kau kah?? takde blog, pegi buat satu ye..tak susah pon kalau celik IT. kalau BUTA IT, itu tak dapatlah nk tolongg! pegi lah masuk kelas komputer kat mana-mana. Anyway, dah menyimpang jauh. kite berbalik kepada entry asal kita. aku sebenarnya nak cakap pasal......................FOOD! YAY! *sila tepuk tgn*
dah over sexcited dah nie! =DHARINI DALAM SEJARAH, aku tolong mak aku masak..=) Mesti korang nak kata, oo abis tu selama ni ko tak tolong la? hehe oh tidak..aku tolong jugak. tapi sikit-sikit..harini baru tolong betul2..tadi mak aku masak agak banyak. dan aku tak faham knp dia masak banyak2 padahal bukan ramai pon..(note: aku tau aku makan byk, x perlu ingatkan) ANYWAY, since mak aku ada darah tinggi dan tak boleh makan benda masin-masin, dan aku plak ON DIET lah sangat maka kami pun buat keputusan untk masak ikan stim. Tak Masin, Tak Lemak dan Tak Berkalori Tinggi. AKU SUKAA!! at least aku tak rasa bersalah sangat kalau makan ikan ni banyak-banyak pun...hehehe...=) Pukul 12, aku tengok mak aku keluarkan ikan. OH, nak masak stim dengan kerabu ayam katanya. aku pun OKAYLAH..aku masuk bilik, online, mandi dan buat semua kerja dalam bilik, pukul 2 aku keluar. EH! MANE IKAN STIM?? mak aku kata tak jadi nak buat sebab sos tiram tiada. kerabu ayam pun x dapat buat sebab tak ada sos tiram. aku serba-salah. nak pergi beli ke tak? kalau nak pergi beli, kena jalan pegi pekan.JAUH KOT! last-last aku tukat baju. FINE LAH, aku pergi. Dengan rajinnya aku menapak ke BATU ENAM, 15 minutes pergi dan 15 minutes balik. tup tup pukul 3 baru sampai rumah. apa lagi, mak aku keluarkan ikan dan prepare nak masak stim. katanya kerabu ayam tak payah buatlah..DAH PUKUL 3 PETANG KOT! so aku pun okay..tak mahu banyak kerenah. sebenarnya kami tak tahu sangat nak masak ikan stim. mak aku kata campak-campak je apa yang ada. aku cam, HAH?? so semalam aku dah buat research (wah wah beria sakan!) carik pasal resepi ikan masak stim. berdasarkan resepi yang aku dapat dari 1 blog ni, kami pun campak lah bahan...oh SENANG JE RUPANYA! Dah siap tabur-tabur sayur atas ikan, masukkan dalam bekas kukus tu lepas tu biarkan masak. tuang sos tiram dahulu. HARUSLAH! penat aku berjalan semata-mata nak gi beli benda tu. kalau lupa letak, tak tahu lah nk cakap apa..dan hasilnya! JENG JENG JENGGGG!
Ikan masak setim dalam mangkuk. =)
Aku tahu korang mesti nak cakap macam ni dekat aku:
KENAPA BARU LETAK SEKARANG LETAK GAMBAR BILA MASAK??
NAMPAK SANGAT BARU TOLONG MAK MASAK HARINI!
kan kan? =D
Dan jawapannya! aku memilih untk berdiam diri. (Peguam bela sila tampil ke hadapan!)
Anyway, ikan tu turn out to be SOOOO SODAPPP! berguna jugak resepi yang aku amik dalam internet ni. Kire boleh pakai la..Lepas ni boleh amik lagi.. Dan kepada korang, try-try lah buat kat rumah. nak resepi? MESEJ AKAK YA!
note: tetiba rasa diri hebat dan pandai memasak..wahahaha SOOO NOT! teetttt



2 comments:
weh tengok lah gambar makanan yg awesome kat blog aku pulak! setakat ikan masak setim whateverrr.. gila perv ikan tu, stim lak. hahaha
Dengan ini disahkan Hani otak kuning.
Post a Comment