Tuesday, August 31, 2010

Aku Pemalas

Sejak dari tadi ke hulu ke hilir dengan dua bijik buku dan sebiji laptop. tidak dilupakan, berukben setia tercucuk belah kanan.konon-konon berazam nak buat assignment. oh semalam CONFIDENT cakap kat diri sendiri, nanti esok sebelum pukul 12 aku akan siapkan semua assignment tinggal nak print je. pukul 12 tengahari buat apa? tu ha..tergolek depan TV. bila dah rasa bersalah, bergerak masuk bilik buka laptop dengan INTERNET. online kejap, lepas tu turun kelek buku di ketiak. internet masih terbuka, takde rasa nak tutup pon. meniarap depan TV, konon nk start assignment. ceh taik..layan twitter kejap, layan YM kejap. dengar keluh-kesah orang bercerita, keluh-kesah diri sendiri tak kira buat pekak. tiba2 timbul lagi keinsafan. naik bilik. tak jadi buat depan TV, gangguan!! (kononnya). masuk bilik, belek-belek buku, online lagi. tulis sikit-sikit, goggle mana yang patut, tulis sekerat dua, turun lagi...kemas-kemas barang dapur baru dibeli. aish, assignment nuu belum buat lagi! tiba-tiba datang lagi perasaan itu...terus naik bilik. golek-golek, baca blog orang, stalk Fb orang. dan kini, pukul 5.11 pm..kerja apa pun belum siap. assignment ada tiga, semua esok nak kena hantar. masih lagi CONFIDENT tak mahu kalah, siap buat kira-kira sendiri punya, kalau aku siapkan dua separuh petang ni, malam ni buat satu assignment yang report dan esok pagi bila sampai KL sambung lagi sikit, mesti sempat siap punya! Ah ye...kita lihat dan tengok. doakan aku berjaya. bye! =D

jum main dulu! yayyyy!!

No comments: