Sunday, April 24, 2011

Mari Melancong!!

Dah lama tak update....okay aku tau korang pon dah nyampah baca asyik-asyik mukadimah sama aku tulis. Dah lama tak update, dah lama tak update, dah lama tak update. SUDAHLAH! dah tahu! Okay, so tanak dah tulis macam tu sebab sah-sah aku dah lama tak update. HAHA okay janji tak tulis dah lagi.

Anyway, aku perasan satu benda. Apesal ade orang tick dekat FUNNY untuk post-post aku yang macam menderita nasib? Motippp? Suka ke kau tengok aku derita? Puas hati? Tepuk tangan? Takde benda pon lah yang FUNNY kalau orang tengah sedih unless kalau kau nih memang busuk hati, perangai yang suka tengok orang derita pastu kau pon rasa bahagia. Kalau kau rasa suka sangat tengok aku sedih-sedih ni, suka hati kau lah. Karma selalu ada. Harini kau tepuk aku sedih, esok lusa aku ketawa kah kah tengok kau sedih plak Padan muka!

Okay sudah. Aku nak cakap pasal benda lain plak. tadi kan beria lah bukak blog sorang perempuan ni. Pastu dia tulis la pasal travel-travel ni. Dia takde pon menunjuk or bangga or rasa hebat gila dia dapat pergi melancong, instead,dia buat ala-ala travel guide. So bagus lah sebab kalau nak pergi, orang boleh la gi baca kat blog dia kan. Pastu aku pon terfikir. Aku dah lama gila tak gi travel. And tak pernah pun pergi luar negara or senang cite, oberseas ni memang tak pernah pergi lah! Selama ni tengok dalam TV je. Tak pun baca kat internet, majalah, buku, tak pun dengar dari cerita kawan-kawan and tengok gambar kawan-kawan. Best giler sioottt...ada yang pergi UK, China, Paris, Jordan, New Zealand dan banyaaaaakkkk lagi. Kita yang tak pernah pergi ni makan hati je la uolss bila baca and tengok-tengok gambar nih. Lalu aku pun memasang la angan-angan yang aku harap akan jadi kenyataan.

Sebenarnya dah lama rancang. tapi tak pernah ade partner untuk pergi sekali. And selalu fikir, cukup ke duit nak pergi? berapa banyak plak nak kena spend ni? haa...macam-macam persoalan okay sebelum kau boleh pergi melancong sesukahati. Unless lah kau ni anak orang kaya yang kata rasa nak pergi Hong Kong, tetiba esok lusa tanya kat mana, dah sampai dah kat Hong Kong sana tu haaa...

Dulu idea mula-mula, lepas grad nak pergi melancong seluruh Malaysia. Tapi takde partner. Konon-konon nak pergi backpacking sebab macam best je kan. Dapat experiences and murah plak tu. At least kalau rancang betul-betul and kau takde nak duduk hotel mahal bla3 gedik-gedik semua tu, memang dapatlah kan penjimatan terunggul kalau pergi melancong satu Malaysia backpacking. Lepas tu, tetiba idea tu macam terkubur begitu sahaja. sobs sobs..



                                                                             MALAYSIA MAP

Haa...bila dah impian tu terkubur, aku pasang balik angan-angan baru. Aku rasa baik aku pergi UK, sebab abang aku ada kat sana. So senang lah, makan minum penginapan semua dah ada. Cuma tiket pergi balik dengan nak jalan-jalan ke ape ke kan, semua tu kena pandai-pandai lah carik sendiri. Ni pun buat aku garu kepala jugak. Plus, dia duduk dekat Manchester. Kalau pikir-pikir kan, aku bukannya minat MU dan dekat sana aku rasa macam takde benda sangat untuk tengok. Plus, maybe jugak jumlah melancong ke sana lagi mahal dari backpacking around Malaysia. Jadi baik aku melancong kat Malaysia je, tak gitu? Sekali lagi, aku simpan dulu angan-angan tu dalam poket.



                                                                   Inilah Manchester.

Pastu ada sekali tu aku rancang dengan kawan aku yang duduk dekat Australia, ingat nak pergi melawat dia kat sana. Dia kata kalau nak datang, kena datang tahun ni jugak sebab tahun depan dia dah balik M'sia. Kalau pergi sana pun macam untung jugak sebab food and penginapan semua dah ada. Cuma bawak duit nak berjalan je la. Kebetulan plak masa kitorang rancang-rancang tu Airasia ada promosi pergi Ozzie, murah gila dalam Rm200++ je. Pastu beria lah kitorang bincang, pastu conclude that rasanya dalam RM2k cukup lah kalau aku nak pergi Ozzie. Including tiket pergi balik, duit jalan-jalan dan shopping la sikit-sikit kalau nak sebab barang kat sana mahal. Shopping pun macam tak berbaloi je. Sebab masa tu ingatkan aku mampu la untuk bekerja dengan rajin dan akhirnya mampu kumpul duit untuk ke sana, aku pun berangan la kejap. Makin lama aku makin busy dan makin malas nak kerja. Akibatnya, duit pun kurang dan duit nak pergi Ozzie tu sah-sah lah takde lansung. Jadi idea tu pun terkubur begitu sahaja walaupun aku tau sekarang bulan April dan sempat sangat kalau aku nak kumpul duit. Masalahnya, promosi dari Airasia tu dah takde! Ade duit pun tak guna jugak...jadi yang ini pun kita cancel! hmmph!



  Ini Australia.

Lepas tu kan, sekarang aku ada obsess negara terbaru pulak. Aku rasa...macam nak pergi Thailand or Indonesia. MESTI BEST GILERRR!! Sebab aku rasa perbelanjaan kat sana takde la mahal sangat sebab confirm-confirm la aku bukan pergi untuk shopping. Of course la akan beli barang jugak lah tapi takde la banyak kan. Dan aku rasa price untuk pergi melancong kat sana, kalau book awal-awal mesti lebih kurang je dengan price nak travel 1 Malaysia dan lebih berbaloi sebab dapat pergi OBERSEEE!! Haaa at least pasni boleh la cakap dah pergi luar negara kan walaupun Thailand or Indonesia je. Tempat-tempat kat sana banyak untuk melancong...Tempat bersejarah ada, tempat nak shopping ada. Teringin sangat nak pergi Yogjakarta, Bali, Jakarta, Bandung...and kalau Thailand plak, teringin nak pergi Chiang Mai, Bangkok, and Krabi. Teringin nak pergi pasar terapung kat Thailand and sambut water festival and apa-apa festival je lah kat sana.
Banyak betul teringin sebab aku dapat rasakan, pergi sana mesti BEST GILER!



                                                                      Ini bali.

  Ini Bangkok


Okay tu je nak membebel. Aku harap sangat mak aku bagi lah aku pergi melancong bila aku dah habis belajr nanti. Sebelum aku masuk alam kerja, sebelum aku berkecimpung dalam dunia berkerjaya (aicehhh), aku teringin lah nak pergi jalan-jalan sekali. Tak pergi jauh-jauh pun, pergi Indonesia or Thailand je pun aku dh
cukup puas hati dah. Janji dapat buka mata lihat dunia sekejap. Mintak-mintak lah mak aku bagi duit sekali supaya takde la teruk sangat aku kena carik duit. hehehe..okay, itu aje. nanti lenkali sambung cakap benda
lain pulak. Selamat petang semua, daaaa!!


2 comments:

ashraf said...

dari kau g UK, bih baik g ausie, thailand, malaysia jah. UK bosan cibai! uk as in london la.... haha

AtiRaH IB said...

kau pernah pegi UK? woooww..x pernah tahu pon...ala angan-angan je ni. belum tentu dapat pergi...hmm