So post kali ni, aku buat sebab aku baca post budak ni ---> http://bellabellebell.blogspot.com/2011/04/these-are-mine-what-are-yours.html. Dia ni kawan aku, kalau rajin singgah la membaca. Rajin sangat dia ni menulis, hari-hari agaknya dia post..tak pe lah, dia rajin menulis. Aku tak.....hehehe
Bertepatan ye dengan tajuk post dan link yang dibagi, aku nak tulis pasal products penjagaan diri dan kecantikan ye kawan-kawan. gittew...katanya nak jaga kulit sekarang! Kesedaran ni timbul dengan mendadak selepas aku selongkar beg kosmetik Hazirah Ghazali, pembekal KPOP utama di Uia dan kawasan sekitar Lembah Kelang. Dia ni memang superb lah bab-bab Korea. Sebab dia jugak lah, aku banyak kenal dengan buah-buah hati tercinta...hehehe...Okay! So dalam kotak ajaib kosmetik dia tu, banyak lah barang-barang yang aku tak pernah jumpa sebelum ni tapi dalam tu ada. Aku rasa amazed gila sebab dia sanggup spent duit beli barang-barang penjagaan kulit. Betapa dia sayangnya kulit dia. Nak compare dengan aku, memang jauh beza lah kan. Aku ni ape je ade. Pencuci muka je yang aku rajin pakai hari-hari sebab itu dah kewajipan. Krim muka malam, pelembap, krim kaki, lotion tangan, ape semua tu aku mana ada. Kalau ada pon aku x pakai..rimas lah nak kena tempek-tempek semua tu sebelum tidur. Tapi lepas selongkar tu, aku rasa macam dah tiba masa untuk aku jadi perempuan sejati dan cuba untuk jaga kulit muka, kulit badan dan penjagaan diri lah basically. Jadi kira ni azam baru lah kan untuk 2011!!
Sebab before this aku dah kena 3 kali alahan kulit, jadi before cuti semester aku cuma berani pakai sabun anti-allergy je bernama SEBAMED. Bila dah balik rumah ni, aku try la pakai Safi Rania Gold. Dulu beria la kejap nak pakai SK-II. tapi bila tengok price dia, mak aihh...gila lah! tak berani aku! Memang la kulit kau jadik lawa kan tapi too pricey lah! mahal nak mampus. Kalau dah satu pencuci muka harga dekat rm200, kejadahnya aku nak pakai kan! Pastu aku pun mencuba nasib lah try Safi ni. Beli pencuci muka je dulu. Lepas semingggu pakai, memang rasa lah perubahan dia. Kulit rasa cerah lah sikit pastu rasa tegang nak-nak bahagian mata. Sebab product ni memang khas untuk mengembalikan keanjalan kulit dan memutihkan wajah. Kira kalau nak hilang kedut-kedut kat muka dan nak awet muda selalu tu, pakai lah....
Inilah produknya. Ada emas 24 karat katanya. Boleh gadai la muka aku lepas pakai produk ni. hehehe
Aku tau aku sebenarnya takleh lagi pakai product tu sebab aim dia untuk perempuan 30 tahun ke atas. tapi lepas aku baca-baca, dia kata 18 tahun ke atas pun dah start boleh pakai. takde masalah sebab kalau nak awet muda, baik start dari sekarang. So aku pun pakai la dengan senang hati. Alhamdullilah, okay la setakat ni. Oleh sebab okay, aku pun nak la beli lagi rangkaian yang ada. Aku nak beli serum, krim malam, pelembap wajah, scrub wajah and krim kontur mata. Ada lagi dua produk, krim siang and krim kecantikan. tapi rasanya tanak pakai dulu sebab tak penting. Harap-harap lah kulit jadi cantik berseri-seri dan jelita menawan lepas pakai ni. AMIN!!
The rest of the products.
Kedua, hari tu aku keluar pergi Mydin Mall pastu testing-testing la produk Maybelline yang ada kat situ. Dulu aku tak pandang pon Maybelline ni sebab mahal bagi aku. Masa muda-muda dulu duit mana ada..pandang Siky Girl je selalu. Tapi sekarang rasanya dah sampai masa untuk tukar produk. Hari tu main-main la pakai gincu and foundation. Pastu jatuh hati dengan Angelfit liquid foundation! Macam best giler sebab serap dalam kulit and boleh hilangkan yang mana bekas-bekas jerawat sikit-sikit tu. Kira okay lah kan. Pastu lipstick plak aku try WINE. aku xtau la apa nama lipstick tu, yang aku tau nama dia wine. Tu je. Lepas try wine, try plak blushing berry. And aku suka gila colour dia. Aku rasa cantik and sesuai dengan bibir aku. So kalau korang rasa nak jadik wanita jugak macam aku, (feeling-feeling wanita u olss), silalah try produk-produk tu. Aku belum try, Insyallah nak beli. Tester pon dah best, harap-harap kalau beli tak nyesal lah kan!
Ini gincu wain.
Ini angelfit. Botol warna pinkish gittew. cantik kan?
Ni plak aku lepas pakai gincu. Calit sikit je pastu sapu dengan tangan kat seluruh bibir. Kalau calit banyak, nanti merah gile. Sikit je pon dah merah. Untung beli!
Okay, tu je yang aku nak bebel. Aku tahu lah muka aku macam ni je :
nak cantik dan lawo jelita memang susah. Tapi harap-harapnya, dengan bantuan teknologi yang makin canggih dalam pembuatan bahan-bahan kosmetik untuk penggunaan wanita dan bukan wanita tapi feeling-feeling wanita, harapnya dapatlah merubah muka saya yang tak berapa nak lawo ni kepada lawo dan cantik jelita bak model Victoria Secret! Gittew...kalau muka lawa hati tak lawa tak boleh jugak u olss. Oleh itu, marilah kita sama-sama kacak luar, kacak dalam, kacak sana-sini! Kanzz...okay, itu aje. Selamat malam dan selamat mencuba untuk korang dan aku juga!! Harap-harap lah jadik jelita begini!!




1 comment:
aku rindu zaman dolu2 bila baca comment2 kau ngn hani kat posting lama aku :]
Post a Comment