Thursday, May 20, 2010

Hmm

apa nak buat kalau kita benci dan tak suka sangat dengan perangai seseorang nih? kita nak bagitahu tapi tak sampai hati...takut dia terasa, takut dia kata tak kenang budi. tapiii kita da tak tahan sangat dengan perangai dia. kita dah cuba positive thinking, kita da cuba terima, kita dah cuba segala-galanya tapi tetap jugak perangai dia tu kita tak boleh terima. kita rasa menyampah, mcm TOLONGLAH BERUBAH! tak nampak dan tak perasan ke perangai kau tu salah?? tapi dia tak nampak. kita tahu, tugas kita nak bagitahu. tapi masalahnya, dia nampak perangai tu dekat orang lain dan dia jugak tak suka. tapi kita pelik, kenapa dia tak nampak perangai tu kat diri sendiri?? kita jadik hairan...kita nak cakap tapi tu lah. sebab kita rasa hormat kat dia, sebab kita rasa sayang kat dia jadi kita takut nak bagitahu. kita terpaksa terima. tapiii bila dah memang sangat-sangat tak boleh terima, macam mana??? kita confiuss... confiuss sangat-sangat...=(

tadi kita baca satu blog nih. tetiba kita insaf sekejap. dan buat kita terfikir...kita ni jahat. kita tahu diri kita macam mana, yee memang kita jahat sangat. tapi, kita belum try dan cuba semua benda-benda jahat dalam dunia nih. kita bukan nak try dadah atau pose dalam majalah playboy..kita cuma nak try clubbing sekali dua. kita nak try jugak pakai dress cantik-cantik pegi jalan-jalan. kita nak jugak set rambut lawa-lawa pergi dinner. kita nak jugak free hair selamba ke mana-mana..kita nak jugak berfesyen tanpa rasa malu dan takut. kita kan dah cakap, kita jahatt..jangan la awak beliakkan mata awak pulak bila baca apa kita tulis nih. kita tak abis cakap lagi...kita belum try semua tu. kalau kita try, kita dosa. kalau kita tak try, kita kempunan. jadi kita pun terfikir, nak buat jahat dulu baru taubat atau tak yah buat jahat tapi tak dapat merasa semua tu?? kita confius lagi...confiuss sangat-sangat...

bagi kita, apa kita buat harini dan apa yang dah terjadi dalam hidup kita, semua tu decisions yang kita buat sendiri. takde kaitan dengan mak bapak kita. sebab kalau betul ada kaitan dan kita ingat mak bapak kita sebelum kita buat keputusan tu, memang kita tak jadi setan dan jahat macam sekarang...memang kita jadi baik sangat-sangat. kita memang sayang mak ayah kita, family kita tapi kita ni degil..kita ada otak kita sendiri, cara fikir kita yang sendiri yang memang lain dari yang lain. Tu lah, mungkin sebab dulu kita sekolah agama..jadi kita tak rasa semua yang kita dah patut rasa time kita muda-muda dulu. sekarang, dah agak-agak hampir 21 ni, baru la kita terhegeh-hegeh nak rasa...hmm kadang-kadang rasa mcm dah terlambat. tapi still, kita nak rasa..sekali pun jadik lah...=(

sebab kita degil dan bodoh dan jahil dan bangang dan bengong, banyak dah keputusan yang salah kita buat dalam hidup kita. apa keputusan2 tu, awak tak payah tahu lah ya? yang penting, benda tu dah lepas. kita pun dah menyesal..tapi kita takut nak taubat nasuha. sebab kita tahu, kalau kita taubat nasuha, memang dah tak boleh buat semua benda tu lagi (bukan perkara2 yang disebut di atas, ini perkara lain). dan kita takut sangat kalau kita ter-buat lagi benda2 yang dulu..jadi tak berguna jugaklah taubat nasuha kita tu. serupa macam tak buat kalau nk ulang balik kejadian lama..tapi alhamdullilah, setakat ni, sebab kita dah banyak lalui perkara pahit dalam hidup, kita dah tak buat perkara2 yang kita menyesal dulu tu...kita dah lain. kita selalu rasa yang Tuhan masih sayang kita...sebab tu hari-hari dia bagi peluang supaya kita taubat. sebab tu dia sedarkan kita tentang segala perkara salah yang kita buat dulu. sebab dia sayangkan kita. kadang-kadang, nak sebut nama Dia pun kita malu...ya, kita malu sangat-sangat dengan Dia...sebab kita dah banyak buat dosa dengan Dia, kita dah banyak khianati amanah dia. kita rasa malu, segan dan takut..jadi kita pilih untuk jarang sebut nama Dia..kita tahu, kita jahat...

kita tak tahu kenapa kita cerita semua ni kat awak. kita rasa mungkin sebab pengaruh dari blog yang kita baca tadi. sebenarnya, banyak benda yang kita takutkan dalam dunia nih...dan setiap hari kita silently berdoa agar Dia tutup semua aib kita atas dunia. Agar Dia pelihara kita, Dia berikan yang terbaik buat kita walaupun kita ni jahat dengan Dia..kita harap, Dia pun akan tutup aib awak juga. kita harap, biarlah perhintungan antara kita dengan Dia je di sini dan di sana nanti.. dan semoga Dia buka pintu hati kita dan awak untuk menerima hidayah dari-Nya..semoga Dia masih sayangkan kita semua dan terima taubat kita dan awak bila tiba waktunya nanti. AMIN

p/s: kita selalu rasa yang hidup kita atas berkat mak kita. sebab mak kita hari-hari doakan kita, sebab mak kita sayangkan kita. kita rasa kalau bukan sebab doa mak kita, mesti kita dah lama kena laknat. awak tahu kan, Allah tak redha kalau mak kita tak redha? Selepas Allah dan Rasul, kita kena patuh dan sayang mak kita. jadi kita rasa bersyukur, sebab doa mak kita, kita masih ada di sini dan Allah masih sayang kita. kita cuma tak tahu, bila kita akan bertaubat. tapi awak jangan bimbang, Insyaallah, kita yakin hari tu akan datang juga 1 hari nanti...doakan untuk kita juga sekali ya? terima kasih..=) hanya Allah mampu membalas doa awak..

1 comment:

NABILA HANIS said...

bnda2 seronok yg kite nak try tu laaa yg pling probably bwk mudarat kat kite.

so,bile nak buat something, bukan takat kena pkir the joyness je tp the long-term bad consequences.

oh ye, aku memg dh lame perasan mak kau sayang gile kat kau :)
tu yg aku tringin nk g bcuti kt tganu tu. homestay kt umah kau kui2 (pdahal kakak aku dok tganu)