Scene paling takot:
Hantu: Enciiiiiiiiiik, boleh tolong saya tak?
Along: Tolong ape cik?
Hantu: Boleh tolong tumpangkan saya? Tak jauh.Dua simpang hadapan je.
Along: Sorry lah cik.Saya bukan tak nak tlg.Tp kete saya penuh.Lain kali lah ye cik? *jalan 2-3 langkah*
Hantu: Enciiiiiiik, boleh tolong saya tak?
Along: *pusing pandang hantu tu dgn ketakutan*
Hantu: Ada nampak anak saya tak?
Along: oh ade.tdi saya ade nmpk.Cik cri lah ye.hmmm, cik! Cik ni btul2 buat sye suspen lah.Jalan tgh2 malam ni.Sorang2. Macam..
Hantu: Macaaam aapa enciiiiik? (vavi,TAKOTLAHHHH!) Macam hantu?
Along: haha.xpe.Mcm ni sye x tkot.Lain lah kalau xde kepala ke. (Then die pusing tinggalkn pompuan tu.tibe2 ade kepala jatuh kt kaki die,then die pusing belakang, tgk pompuan tu tinggal badan je.Then die pusing depan balik,KEPALA POMPUAN TU DEPAN MUKA DIA!!)
Hantu: MACAAAAM NI KE ENCIIIIIK???
CELAKA!!! TAKOT LAH WEI!!!
Aku yang baca pon dah scary gila babi, pastu aku pun cubalah cerita dekat kawan aku scene sama dengan cara yang sungguh scary supaya dia pun dapat rasa betapa scary nya scene tu. Tu belum tengok lagi. Baca pun dah scary. bayangkan orang yang tengok! perrrghhhh! anyway, lepas aku beria cerita kat kawan aku kisah scary ni, dia boleh plak bantai gelak gila-gila. Dia kata, scene tu kelakar. Tak scary lansung. Aku pelik, part mana yang kepala tergolek dekat kaki lepas tu kepala tu naik dan tanya "macam ini ke encik" yang kelakar?? Dia siap sambung lagi, dia kata "aku bet mesti semua org dalam panggung tu gelak gila. Biasa lah. Scene yang kita tak expect orang gelak tu lah yang orang akan gelak", ujarnya sambil tersenyum. Tapi hakikatnya, di panggung wayang scene tu takde mengundang senyum atau gelak ketawa dari orang ramai sebab sah-sah scene tu seram dan mengikut kata seorang penonton, scene tu memang scary gila babi dan penuh ketakutan.
Habis cerita karak si situ. point aku adalah, benda ni boleh apply dalam hidup. Contoh yang lain. kau ada masalah besar gila lah dalam hidup, takde duit semua, pastu kereta kena tarik, mana nak cekau duit byr kereta bayar rumah dan sebagainya, mesti kau bengang gila susah hati semua kan? tapi mungkin orang yang ada prob yang sama dengan kau, masih tenang je..relax je bro macam takde masalah. Takde masalah dalam dunia ni yang tak boleh selesai. Cuma cara kau handle masalah tu, yang berbeza bagi setiap orang. Ada yang handle masalah dengan cara extreme, ada yang handle masalah dengan cara subtle. Sama jugak dengan cara kau pandang hidup kau. Contoh: kau selalu rasa hidup kau tak sempurna, selalu takde duit, nak keluar shopping pun susah, nak makan susah sebab duit dah byk habes kat tempat-tempat lagha yang lain dan sebagainya tapi kau sebenarnya bukanlah anak orang susah. kau ade je duit. Cuma cara kau belanja duit tu salah. Pastu kau rasa susah hati takde duit. Compare dengan orang yang lagi susah dari kau, kerja panjat pokok petai, mengetam padi di sawah, panjat pokok kelapa dan sebagainya tapi boleh aje tersenyum riang dengan rezki yang Allah bagi. yang penting, kena reti bersyukur.
Dari tadi aku bebel benda yang kena batang hidung sendiri sebab aku pon kadang2 tak reti bersyukur dan kadang2 selalu berbelanja berlebihan (selalu je bukan kdg2), apa yang aku betul-betul nak cakap adalah, kalau kau ade problem, jangan pandang problem kau sebagai problem. errr..maksud aku, cam cuba pusing probs kau pastu cuba lihat the bright side or cuba make it looks better. i know it's hard. Tapi macam contoh cerita karak kawan aku tadi la. Dia boleh gelak scene scary. maknanya, kalau kau ade problem yang susah gila, cuba pandang ia sebagai cabaran. Atau, cuba gelakkan problem tu. Sama jugak macam kau gelakkan diri sendiri bila kau gelak dekat problem yg kena kat batang hidup kau tapi maybe, boleh buat hati kau tenang sedikit? itulah point dia. Pandanglah masalah dengan pandangan yang positive dan senang hati kerana takde masalah, yang takde jalan penyelesaian. Sekian, terima kasih.
p/s: aku tau mesti kau rasa membazir masa baca post ni sebab solution yang di beri sangatlah tak membantu. anyway, have a happy day! Senyum-senyum selalu dan selamat beramal! Ingat, gelakkan prob kau! jgn lupa! :D
No comments:
Post a Comment